 |

November 4, 2004
aku half day ari nehhhhh.. yaaaaabedabeduuuuuu..
ari ni aku half day, g jenjalan ngan adik.. tp tatau agik mana destinasi yg nak dtuju. kesian dia duk kat opis aku, asyik kena kacau jek!! siap dpt kat raya agik eheheheeeeee..ok cite pasal smlm ahh...tak sangka karip lah org pertama sampai padahal dia lah yg membangkang sesangat tanak g kg baru eheheeee.. well nengok aa sape yg pujuk dia.. aku guna hikmah kuis menguis hanpon bukan meja aa sbb tak jmpa dia. dialah yg bertonggengjawab membookingkan meja utk kami2 neh. aramaksssss tiba2 jek ternampak kelibat guly eheheeee.. dorg g melepaks kat stable steak hse sempena besday mot. ramai gak aa yg dtg. tgh syok beramas mesra tiba2 jek ujan toron dgn lebatnya.. ter'stuck' aa kitorg kat situ. bila ujan dh reda kitorg blah ngan lajunya, aku ngan atok g pudu amik adik, kesian dia.. sampai liwat, ujan n jln jem. pastu kitorg g melepaks kat klcc plak temankan adik mkn.. shila, zila n nuar (eeeeee lu ni nk menempel jek ekkk pantang tgk pompuan tul!! bodigad ekk??!!) g shoping sakan aa kot! aku dh kata, musti tdo lewat dok borak2 ngan adik.
Posted at 4.11.04 by nienacute
Permalink
November 3, 2004
kuih raya dh dpt.. duit lagik aaaa..
bohsan tul aa duk opis ari neh, sejuk tak hengat! ari ni tak kuar g jenjalan pn, duit dh berada dlm keadaan yg kritikal.. dh nk masok tahap ICU aa.. kak anis dtg bawak kuih muih yg aku order tu.. kena 84hengget uwaaaaa.. sib baek aa aku tak amik baju, klau idak beratus gak kena bayau! bajet dh larik, nk kena kejau neh!! dh le raya tengah2 bulan.. mudah2han dpt gaji + bonus awal aa.. AMIINNNNNNN.. kwn aku dh bertolak dr jb dlm pukul 1pm tadik, mayb sampai pudu dlm pukul 5pm kot!! amik dia then terus bergegas g kg baru. buka posa bersama kengkawan yg disayangi tanpa org yg tersayang sbb 'dia ' dh balik miri aa.. woooooooooopsss ehehheeeeee.. acah mak enon!! pd org miri tuh, jgn salah anggap ekk, saya gurau jek tanpa ada pe2 perasaan yg perasan neh!! eheheeeeee.. tak sabau rasanya nk jmpa kwn lama aku tuh.. ADIK@mak aji (sbb dh Hajah pn).. ghindu giler kat lu!! mlm ni musti liwat tdo duk berborak, almaklumle dah setahun setengah-2 tahun tak jmpa.. lama tuh!! ari ni jugak besday kwn aku.. redtomato@ezrin yg ke25.. sebaya ahh kita ehehheeee.. HEPI BESDAY MY PREN, moga dpanjangkan umo, dmurahkan rejeki (bleh aa open table ekk!) n cepat dpt jodoh..eheheeeeeeee.. AMIINNNNN.. wei kengkawan..kad raya mana aaaaaaaa.. nk yg munyik2 jugak mcm tipah.. lebih afdal kasik duit raya skali ekk!! ekeekeeeee.. ok ahh malas nak taip pepanjang, kang kena komplen plak.. ekekekeeee..
Posted at 3.11.04 by nienacute
Permalink
November 2, 2004
ari ni aku bz giler.. bukan bz buat keje opis, tp bz duk chating ahaksssss.. sabau jek aa. sambil berym sambil main game text twist ehheheeeeee.. menguji minda beb!! smlm aku dpt msg dr encem suh aku masok mdc.. aku tanya ahh kenapa?? dia suh aku masok gak.. eeeee bermacam2 benda/perkara yg dh berlegar dlm kapla aku neh! sungguhku tak sangka.. pego@kak reen auwwww bahan aku.. menggosipkan gambo antara aku ngan budin. eee nyampah aa tp takpe.. aku tarak kisah punya.. camne aa gambo tu bleh kuar, aku pn lupa nk pesan supaya jgn up dlm topic.. nak tau gambo apa?? masuk aa dlm forum neh.. http://melayu.com/sembang2/mesej.php?5.0000001775. mmg hampeh!! ok aa jap lagik nk balik aa, g buka posa kt umah jek kot!! tarak plan ari neh.. bleh kira brapa ari aku buka posa kat umah. 3 kali kot!! opismate aku sempat menyindir bila aku kata buka posa kat umah.. dorg kata.."oo ada umah ropanya.. eheheeee" kelakau aa tuh ekk!! tak sabau aa nk balik kg.. sonoknyaaaaaaaa.. dh apply cuti sampai 21/11 beshhnya..
Posted at 2.11.04 by nienacute
Permalink
November 1, 2004
majlis buka posa bersama kengkawan..
ari sabtu n ahad lepas aku buka posa kat umah kwn.. ari sabtu tu kat umah kwn aku kat tmn tun.. kat ctsabun (geng ramasians -mdc). korg nak tau tak.. aku terkonci dlm umah uwaaaaaaaaaa sbb kunci solex takde kat aku, kwn aku pinjam nk duplicate uwaaaaaaaaa.. budak umah plak dh kuar awal2 pagi. sabau jek aaaaaa.. tp takpe, aku dpt idea yg besshh, korg nk tau apa?? aku ikot pntu blakang.. eheheheeeeeeeee.. curam n tinggi siot!! naseb baek ahh aku dh biasa ngan tempat2 tinggi n dh biasa panjat gunung. aku toleh kiri, toleh kanan pandan umah depan tuh.. bila rasa line clear jek apalagasssssss terjun ahh.. ooooooooooo dh mcm tarzan ahh, jln pn slow jek takot ada yg pasan.. dh rasa mcm perampok plak aku neh!! pergh lega lepas tuh!! eheheeeeeee.. aku janji ngan ery n zila kat damai 3.30pm jd sblm tu aku toron klcc g beli suar, tp hajat tak kesampaian sbb giordano tgh renovate eeeeeeee.. sabau jek ahh, pastu g la jenjalan2 jek cari barang2 len.. n aku dh berkenan pd satu baju tuh yg aku pakai skang neh.. lawa siot!! apalagasssssss beli secara terus ahh.. pre beb!! sape tanak!! ewheheheeeee.. pastu gerak terus g umah k.ct, sampai jek dia dh siap masak.. jd aku dtg utk mkn je aaa.. eeeeeeeee baeknya perangai ekk!! kuar g beli juadah utk buka posa, skali lagi hajat tak kesampaian.. taufufa tak dketemui.. takpe.. len kali ahh.. lepas buka posa lepak2 kejap dlm pukul 12lebih baru blah.. takleh g melepaks sbb esok ada sorg budak yg blum lg amik kerakyatan malaysia kena keje.. budak bangla eheheheeeeeee.. (mintak2 le budak bangla neh tak masok blog aku eheheeeeee.. tp klau masok pn takpe, dia tau!!) balik umah meriahnya.. dorg dh start buat kuih raya.. tolon la kejap sambil merasa eeeeeeemmmm shedap.. ari ahad bangun pagi2 basuh baju, pastu buat kuih raya.. sonok tul! dh terasa kehangatan ari raya.. sambil buat kuih tu siap bergambo lg.. eeeeeee mmg dh dasar potogediks tu mmg takleh nk kata aaaaaaaahhh.. sabau jek ah ngan dirik sendirik neh!! kuar umah pukul 2.30pm, janji ngan zila kat lrt mesjid jamek. hp aku plak betery dh kong eeeeeee.. baru rasa betapa susahnya idup klau takde phone.. seksa siot!! aku cal bgman sbb no dorg takde dlm sim kad, tersimpan dlm hp aku.. pesan kat atok suh bgtau kat zila jmpa pukul 3pm. kat lrt aku cal atok mintak no phone zila, mana aku dpt no phone atok??? dlmat dlm walet aku daaaaaaa.. dia pnya bisnes kad, klau idak, mmg tatau ah camne.. eheheeeee.. ramai giler siot org kat jln TAR.. bersesak, mcm2 bau ada.. kitorg jek yg wangi.. ekekeeeeee.. ramai jugak yg dpt umah bgman.. budak2 kinabalu nay, no8, nini,gonkrie n wife, anala & kwnnya yg eeeeeee.. tiba2 jek rasa mcm nak kuis menguis jari neh.. gediks tul!!, & ramai lagik ahh. geng2 TH pn ada.. tp tak cukup korum, geng gediks tak semua ada.. janda aku wopssssssss silap, madu aku pn sampai liwat.. dtg ngan adik dia eee encem la pulak.. weii madu, apsal adik ko encem tak mcm ko ekk waaaaaaaaaaakakakaaaaa (gelak jahat tak hengat!! bakar line..) abishh jek seisi duk kecoh2, borak2, buat ketupat melepat, amik gambo n then balik.. sampai umah buat kuih raya lagik.. sambil dengau lagu raya.. masing2 duk menunjukkan bakat terpendam n ada ati nk jadik perserta malaysian idol yg ke 2020 eheeheeee..
Posted at 1.11.04 by nienacute
Permalink
October 29, 2004
ari ni buka posa kat umah jek, takde plan pn.. kat opis cam besa.. time lunch hour kuar mkn woooooooopss silap.. g shoping lagik kt mid valey kuar pkul 12.15 balik pukul 3.30pm.. eeeeeeee tak hengat pnya kuar.. naseb baek ah boss aku baek ehhehheeeeee.. hajat dhati nk gak mencari baju2 utk g opis, tp.. apakandaya, aku kuar ngan org2 yg sihat, aku jek yg comel cute.. dorg g kedai baju pn kat tempat utk org2 sihat.. aku nganga jek aa.. uwaaaaaaaaaa korg tak aci.. tp takpe, slamat bajet aku tak lari.. eheeheeeeeeee.. belanja sakan dorg tuh!! sampai kat opis pn menganga..tatau nk buat pe bukan takde keje tp tak banyak ahh.. jd utk takmo org kata aku takde keje, aku buat2 la bz.. buat filing ahhh.. blum pn pukul 5pm kitorg dh blah.. takot jln jem weii.. jgn kata jlnraya jek jem, tren pn jem tau.. ramai tak hengat org, nak masok pn kena berebut siot!! sampai jek terminal putra, tunggu akak angkat aku amik.. pastu g PARAM kat tempat aku jap, tingin nk mkn taufufa tp.. cari pnya carik.. takde, dh abishhhh ee nape ari ni semua org mempunyai selera yg sama cam aku?? uwaaaaaaaaaaaa sadisnya.. balik umah jek, dorg masak lauk tak hengat pnya banyak.. mcm ada kenduri plak.. dorg kata tak membazir sbb aku ada eeeeeeeeeee.. tak baek tau!! (mmg btul pn.. eheheeeee..) dlm pukul 8pm plak kitorg g giant permata, g jln2 carik pasal.. kat situ jek aku dh abish 35hengget.. beli pakaian dalaman eeheheeeeeee..(nak kena tulis jgak ke??? hmmmm) b4 balik umah g lepak kat sharezma gombak.. perut dh ful tp rasa mcm nak mkn sesuatu jek.. pilih pnya pilih dlm 15minute.. aku amik keputusan minum air 100plus jek, tak jadik ahh nk mkn, perut dh kenyang eheheheeeeeeee.. kesian budak yg amik order tuh!! musti dlm ati dia berkata2 camni kot " apala dorg neh, mau mkn pn manyak susah ka..??ayoyoyooooooo..." eheheeeeeee.. kot ahh!! balik umah jek buat ketupat jap then zzzzzzzzzzzzz..
Posted at 29.10.04 by nienacute
Permalink
Assalamualaikum n slamat sejahtera pd semuaaaaa..
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT
Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja.
Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
Posted at 29.10.04 by nienacute
Permalink
October 28, 2004
eeeeeee.. sakit kapla la, nape ekk?? nak kata kureng tdo rasanya terlebih tdo.. terbangun liwat pagi tadik.. pukul 7am baru bangun dgn baju kurung yg tak d tukau. eeeeeeeeee teruknya aku.. mmg tak larat smlm lepas balik dr majlis buka posa tu then ikot member umah g lepak kat CM plak.. masa tu ok lagik, tp bila dh sampai umah, tiba2 jek sakit kapla, jd pe lagik.. tdo tanpa mandi ahh.. nasib baek ah aku tak main tanah.. eheheeeeeeee... bangun pagi terus iron baju, sampai opis pukul 9.15am.. siap pesan kat opismate suh bgtau aku g bank.. eeeeekekekeeeeee.. sabau jek!! bohong sunat, tp dorg tau... dr pagi sampai la ni.. aku duk depan pc jek.. dh takde keje.. time lunch tadik dorg ajak g bangsar jln2 carik pasal tp aku tak larat.. tinggal la aku ngan budak2 llaki kat opis neh.. aku bantai tdo kejap dlm setengah jam jek pastu sambung ngadap pc lagik.. td ND ada inbite aku masok conf. ngan dorg.. ramai giler ahsss aku tak kenal kecuali nuar n ND jek.. tp pe2 pn salam perkenalan kat semua.. aku ni pemalu sket tp gediks jugak sket aa eheheeee.. rajin2 ah jengok aku pnya blog ekk tp tak sehebat n sebesshh korg ahh!! baru blaja.. jd klau ada sesape yg nak ajar tu, dialu2kan ekk.. saaaaaaayang kat korg eeeeeeee.. malu tul nak taip ayat neh.. eheheeeee.. ok ahh, jap lagik nk blah neh.. woooooopss lupa nk cite, smlm g majis datuk sharizat tu dpt beg n baju lagik.. lawa siot!! ala2 nusantara gitu! smlm pn b4 aku g hilton tu, aku g jmpa geng2 gediks n piknik kat chiken rise shop.. ada madu aku cik nana (buuuuuuekkk..), jeton@tipah (ghindu ahh kat ko..), abg ipar, bakal hubby AP(jgn marah ekkss..) n abg mike (eeeee. terasa mcm nk duduk sebelah sambil kuis meja jek smlm..ehehe..). dpt le jmpa kejap, menghilangkan rasa ghindu nak melepaks n berpiknik ngan dorg neh.. nanti kita piknik kat MIRI nak?? woooooopssss.. key ahh, tak larat dh nak menaip neh.. esok sambung cite ekk pasal ptg ni plak.. esok kena bangun awal ahh.. babai semuaaaaaa.. ummmmmmmmmmmuaaaaaaaahssss
Posted at 28.10.04 by nienacute
Permalink
October 27, 2004
sudah terasa kehangatan ari raya...
eeeee.. ari ni aku dh mula terasa kehangatan ari raya beb!! td g midvaley ngan geng2 opis, hajat d hati cuma nk g tgk2 jek, tp tiba2 jek terbeli tanpa d tersengajakan.. sape nak jawab tuh!!?? sabau jek ah! belek2 baju raya takde saiz yg sheshuai.. dh test satu baju tuh, berkenan sangat.. kaler oren lagik!! tp kain panjang sket n bajunya terbesau sket aa, klau nak pakai ok jek.. bleh oter kot!! lawa siot!! ala2 penjual jamu plak.. (alah mcm baju2 org indon tuh!! tp indon yg ada claaaaaass ahh..) berkenan tul aku tgk skirt tuh.. jd aku tanpa menoleh kebelakang terus g fiting rom terai skirt tuh.. wallaweyy mmg cantik n cute jek kena ngan aku.. aku tanya kat k.ana n k.yate, dorg pn kata ok, cantiiiiikkk.. hmm tanpa berpikir panjang aku terus ah g kaunter pembayaran.. RM49hengget aku dh masokkan dlm tabung jusco.. tp takpe aku suka ngan skirt tuh!! cukup puas ati ahh.. masa dh nk blah tu, tiba2 jek kitorg terberenti kat tempat aksesori.. besalah pompuan beb!! pantang!! lama gak duk menelek2 kat situ.. aku berkenan kat satu cincin jed tp ahh nanti duluk aaa.. k.maz n tone dh beli.. lawa siot!! jeles aku tgk.. takpe, esok gak aku pegi beli!! eheheeeeeeee.. lari bajet aaa aku bulan neh!! ari ni buka posa kat hilton otel, datuk sharizat banje.. ekekeeee.. tp.. td baru dpt tau, abg apai ajak g buka posa kat kl sentral.. alaaaaaaaaaaa.. yg geramnya tuh, ap ada skali!! uwaaaaaaaaaaaaaa.. tak aci!!! camne neh??? hmmmmm.. tolonnnnnnnnnnnnnnn
Posted at 27.10.04 by nienacute
Permalink
aku dpt dr frenster... apa komen korg pasal nie ekk?? jgn memalu utk komen ekk!! nk tau gak btul ke?? Cinta Lelaki Pelik????? Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik
Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki,
yang sebelumnya keras, kasar dan kurang
romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan
romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan
sensitif hanya dengan kata-kata orang yang
dicintainya. Semuanya ini melambangkan
keunikan hati lelaki yang sukar difahami
adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan
kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup
tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah
memperolehinya, jarang pula hendak
menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang
benar-benar lelaki, adalah yang disenangi
pasangannya, seorang wanita bernama
kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
1.Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat
kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan
2.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan
penuh bahagia
3.Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan
pasangannya
4.Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat
menyayangi kekasih/isterinya
5.Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia
akan mengongkong kebebasan mereka.
Konkongan semata-mata oleh perasaan
sayang dan cemburu yg meluap-luap
6.Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika
kehilangan kekasih/isteri
7.Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila
anda tidak menumpukan perhatian penuh
terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak
kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik
dari pasangan
8.Kerajinannya ketara, tergambar melalui
kesungguhan melakukan apa saja asalkan
dapat membahagiakan kekasih/isteri
9.Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata
lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila
pasangan memujuknya
10.Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan
kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan
menghantar SMS
11.Dia akan kerap bertanya apakah
kekasih/isterinya mencintainya
12.Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam
percintaanya pasti tidak akan melayan
perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia
akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa
pengetahuan kekasih atau isterinya
Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Posted at 27.10.04 by nienacute
Permalink
October 26, 2004
nyaman n segarnya aku ari neh.. senyum seindah suria
mcm ari yg sebelumnya gak.. kengkawan duk caling2 suh bangun sahur, kuar umah pn sama cam smlm.. ptg ni tatau nak buka posa katne.. takde plan ah.. mayb lepak umah jek kot.. asyik tak lekat umah jek aku neh tp yg pasti bajet aku tak lari.. wallaweyy besshnya..!! nak lari tang mana beb, ari2 mkn pre jek.. alhamdulillah.. murah rezeki org yg buat majis tu n murah gak rezeki aku.. amin.. baru jek dpt tau, cuti raya cuma 15 & 16 jek.. eeeeee.. kejapnya.. tp takpe, aku amik cuti sendirik ah.. dr 12-19.. hambik ko..!! lepak umah sampai lebam.. silap2 sampai ada yg datang meminang.. woooooppsss.. eheheeeee..
Posted at 26.10.04 by nienacute
Permalink
|
 |
|
|
|
 |

aku ni cute jek orgnya.. (perghh pasan, tp yg btul beb!! ehehe..) korg bleh aa panggil aku nina@spy, asal batu pahat johor. skang ni tinggal kat tmn sri gombak ngan kengkawan. umo?? hmmm muda remaja lagik, swet sebenten!! tak caya?? tgk ah badan gue neh.. comel jek kan.. masih single n available.. sape2 nak isi borang/kontrak ngan gue bleh aa tp i ni pemalu ahh.. eheheeee..
|
 |
 |
|
 |
|
|